
Assalamualaikum peeps. Heh.
Aku tak habis baca lagi, baru beli petang tadi. Beberapa chapter je dah khatam. Quite pening. First try gua dengan Fixi Novo ni ha.
Firstly sewaktu jejak kaki dekat kedai buku yang tah kenapa rasa dah berzaman tak dilawati, aku jadi clueless. Taktahu nak pergi rak yang mana, just menonong masuk je. Kat rumah cuma terlintas *eh aku nak beli buku lah nanti*. Tapi tak secara spesifik pun buku apa. Hah sampai sana mengong taktau nak beli yang mana. Dalam kebengongan itulah, tiba-tiba teringat lately desire aku yang membuak-buak nak belajar bahasa Inggeris maka aku carila rak buku khas untuk b. Inggeris punya cerita. Takda. Aku macam, eh bukan hari ada ke ? Takkan takde buku b. Inggeris kot ? Perasaan : pening campur kecewa. Kecewa memonopoli diri *ewah ayat*
So aku pergilah balik ke rak Buku Fixi sebab taknak pulang tangan kosong. Lagipun sekarang ni school holiday kan so eahahaha paham je lah orang gila buku kan. And, satu masalah lagi pulak timbul. Taktahu nak pilih buku yang mana nak dibeli. Tarik, belek, letak. Tarik, belek, letak. Ok repeat mode on. Kebetulan mak aku tengah menjelajah kedai lain so banyak masa aku nak repeat action. Orang pulak tak ramai. Giatlah aktiviti akukan ehehe.
Lepas tu dah bosan, aku pergi rak sebelah and macam *bongok kenapa aku tak perasan bukunya kat sini* /tampar diri sendiri/. So belek and unfortunately, takde yang menarik minat. Balik kat rak Buku Fixi. Aku macam hape je dok kat kedai buku tu kejap sana sini Fixi / Eng / Fixi / Eng ok stop.
Dipendekkan cerita, gua ended dengan Devil's Place karya Brian Gomez. Adalah gua jumpa The Firm [John Grisham] seems interesting since written there #1 new york times bestseller but it wasnt sealed and quite worn and my inner thought tetiba : weh baik kau support malaysian punya novel doh. heh.
You know what, comel betul Fixi Novo ni tau. Time selak-selak pages awal buku tu, ada manifesto Fixi Novo. I was like *this gonna be fun omg*. Here ;

I giggled when reading this omg sumpah comel. Semangat aku nak baca.
Overall, walaupun baru habis beberapa chapter, kesimpulan aku kat sini ialah buku tu best. Even agak asdfghjkl - well you know Fixi, I surely say I like this book and Fixi Novo. haha. xoxo. Fighting !
Aku tulis panjang sangat sorrehh. Maaf merepek. Dah malam, dan perut aku lapar sobs.
Adios.
