• Home
  • About
  • Review
    • Buku
    • Movie
    • Produk
  • Follow
Twitter Instagram instagram pinterest bloglovin Email

wonderlandload-ing







Assalamualaikum.


Olla people hahai. Kita jumpa lagi yeap. So ofc satu Malaysia tahu hari ni hari apa kan ? lol. PMR result dah keluar. That means debaran berakhir wakaka. Sukalah batch 98 kan. Kepada yang dapat keputusan cemerlang, bagus, baik, boleh tahan dan biasa - biasa tu tahniah den ucapkan. Kalau rasa tak puas hati tu, you can do better in SPM, i pray for you amin. SPM memang penentu, tapi PMR is the road, to make your result better. Takpe la kalau stay kat sekolah yang sama, masih lagi boleh kejar kecemerlangan. Takde yang mustahil kalau kita mahu dan kita berusaha. Kecemerlangan is everywhere. Kalau dapat sekolah bagus pun, tapi di sia - sia kan, its nothing then. Such a waste. So bak pepatah ; di mana ada kemahuan si situ ada jalan. 


Aku bukan nak cakap asal tu je haha. Tahun ni, aku ada 2 sepupu ambil PMR. Mulanya aku tak ingat pun hari ni result keluar, but then mak sedara aku msg " Alhamdullilah amie dapat 9A " i was like .. WHAT ? Bangga gila aku. Oh and dia sekolah menengah agama that's why it's 9 not 8. So kiranya straight a's huwaaa im feeling like ; oh son you've done great imma proud of you. lol. Macam aku pulak mak dia. Tapi tu basically memang perasaan aku bila aku rasa bangga. lmao haha. Ok he's a boy lol *and might puke if he reads this omg. pray he wouldnt*. And seorang lagi ni, boleh dikira membanggakan jugak, or mungkin she can get better than this ; i choose the latter yeah. Everyone deserves better, right ? Yeah ofc man.


Alhamdulillah stand 112 orang straight A's. Tahniah!
— yana. (@NFarahLiyana) December 19, 2013



That's my school ehehe. stAnd. SMK Taman Nusa Damai.

So, era PMR 2013 dah berakhir. Yang menyapa tahun depan bukan lagi PMR tapi PBSMR. Wakaka. Lagi susah, lagi seram, lagi complicated. heh. Redha je la. I've read that we take all subjects tapi ada 4 subjek ; bm, bi, math, sains yang mana akan ada dua paper. I dont think its gonna be easy. Harhar. What a bittersweet new year news. Takpe laa. Aku malas nak ulas panjang - panjang. Penat -.-


"Never study to be successful, study for self efficiency. Don’t run behind success. Follow behind excellence, success will come all way behind you.” — Rancho [3 Idiots]



So so what ever. Goodbye. Ppyong.





Share
Tweet
Pin
Share
No comments



1 day.

Assalamualaikum.

Huhu. Hallo people. Hari ini ingatkan nak update pasal last day of school semalam or pasal aku mimpi merepek pasal Kris ; yelah dah namanya mimpi. Tapi alih - alih terpandang buku ni terasa tangan gatal nak buat review. Padahal aku bukan pandai sangat nak buat ulasan - ulasan bagai ni huahaha, cuma macam alah-buat-jelah. Bukan review betul betullah, pendapat pasal buku ni ? Boleh-je-lahhhh. Heh ampun doh kalau ada spoiler.


Kisah ;
Terbitan FIXI. Aku ada terbaca blogger kat reading list aku buat review pasal buku dari FIXI. Tajuk Asrama. Seram ah kiranya. Well dari situ senanya aku tertarik dan beli buku FIXI. Dan yeah hasrat gua tercapai lol. Ajaib.

Ikut sinopsis ; mengisahkan budak 'ajaib' - budak yang boleh nampak makhluk halus alah benda ghaib, dan budak ni memang ajaib. Dan juga kisah mereka yang terperangkap dalam masalah orang dewasa.

Main ; Izaq, 12 tahun. Dinyatakan bahawa anugerah dia itu ibarat suatu sumpahan pada dia. Sebab apa ; beli la woi lol. Dan bila kat sinopsis kata 'masalah orang dewasa' it really ada dalam buku ni. Mulanya aku ingat point utama buku ni mengenai kisah Izaq yang berkebolehan nih. And then, aku selongkar google ... lain lah. Kisah nampak hantu tu cuma side story mengiringi kisah sebenar yang hendak disampaikan /kan aku dah kata ada spoiler/.

Kisah seram memang menjadi pada orang yang penakut macam aku. Meremanglah wehh.

Still, buku ni tetap bagus dibeli. Unsur Islam ada diselit lagi. Mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada untuk hambaNYA. Bukan tu je, ada lagi.


Favourite part;
Oh lupa, buku ni ada selit sikit kisah cinta.
Part Izaq baca surat from Nadirah. Haha tapi fav part aku bukan pasal kisah surat cinta mereka tapi cara Nadirah bagitahu Izaq siapa penulis surat cinta tu. Guna isi kandungan surat tu jugak /ok sorry kalau pening/.

Moment bila Izaq selalu jawab questions yang pelajar lain takleh jawab. Kat sinilah 'ajaib' nya si Izaq tu selain daripada kelebihan dia.


Bahasa ;
Celupar habis. Sangat. Tapi gila best. Ayat dia tak complicated and ringan. Walaupun sometimes aku terpaksa tenung tak berapa lama baru faham lol. Betullah best senanya. Ni lah kelebihan buku FIXI. Bahasa sesuka hatii ~


Banyak lagi aku tak huraikan senanya /sila tampar/. Aku ulas apa point yang aku rasa penting lala. I'm not a good reviewer tsk. I'll to do better in the future meh :)

Ppyong.








Share
Tweet
Pin
Share
No comments



always loved the backview hah


Assalamualaikum.

Stress. Minggu ni stress. Kerja sekolah non-stop tah bilanya nak siap. Yang ini dah hantar, yang itu pulak kena buat. Berulang. Heh. Tak merungut tapi tak puas hati. Lol. Sama lah kiranya. Lagipun memang dah hidup as student rutin macam tu. But still can't stand with those homeworks. Annoyed sometimes. Haha.

Oh.
Tadi kat sekolah ada jamuan sempena perpindahan seorang cikgu math yang sabar gila + tak jemu + rajin mengajar kami 2 Nilam yang nakal nauzubillah. Tak-- budak lelaki je, perempuan baik. Grr, both boys and girls just the same actually. 

Cikgu Nora.
Aku suka cikgu ni. Rajin je pergi kat meja seorang seorang kalau tak faham apa yang dia ajar. Ok je.
Kalau marah pun, marah gitu je. Tapi biasanya budak lelaki jarang buat hal time dia mengajar. Bising tu biasalah. Kelas pandai pun sometimes bising. Well lagipun, kami suka dia. Haha, them memilih. 
Jamuan tu kat kantin. Timing aku rasa agak tak tepat. Waktu tu, diaorang tengah baca yassin kat dewan. Kami kat kantin. Tak boleh bising sangat. And mujur, kantin sebatu dari dewan lol. Tapi still rasa macam tak hormat bacaan yassin. 

Dia terharu. Cikgu Nora terharu. She was touched.
Aku pun terharu haha.
Terima kasih cikgu. Atas segalanya.
Aku rembat bunga hiasan kelas and gave it to her wahaha. Well, idea nas ke izzi ke siapa tah ahaha. Dramatic gila cikgu dapat bunga xD.

Too many things happened today. I am happy and so damn happy ; always happy. Tak rasa nak ekspresikan dalam bentuk tulisan -- nanti aku jugak yang frust sebab rasa apa yang ditulis tu tak menarik -- im not a good writter. So, cuma simpan dalam kotak memori. Let it be.

And kek tu sedap bhai.




RLAB



Adios.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments




Assalamualaikum guys ^^


Selamat Hari Raya ! 
Dalam lebih kurang 24 jam, semua umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan Syawal. 
So di sini, seperti dalam gambar lol aku nak mintak ampun dan maaf daripada korang akan semua semua dosa-dosa aku yang lepas. Tak kiralah yang sedar atau tak, sengaja atau tidak. Sesungguhnya manusia tak perfect. Sentiasa ada khilaf. Maafkan den yo hehe.

Mai, Atin, Teah, Nabihah, Adah, Icha , Migha, Felicia, Dayana, Tasha, Shamira, Zahidah, Nana, Yusrin, Asyikin, Farahin, Syafira, Ardiana, Nurain Hafizati Diyanah, Syahirah, Effa, Khalidah, Sarah ok ramai sangat aku tak ingat lol. Ampun sangat kalau tak sebut. Tetap korang akan sentiasa dalam ingatan. Precious SK Kopok students 06 till 11. Serius rindu. Dekat setengah tahun lah kan tak jumpa budak budak yang duduk asrama and sekolah lain. Dekat STaND berapa kerat je, itu pun jumpa tak jumpa.

6 Jujur 2011


Incomplete. Mai hilang. Haha.


Edited by Sir Azdi. Sumpah poyo habis memasing. Incomplete. Afif's gone.

Nilamrians 2012 / 2013

Nas, Izzi, Syafiqah, Balqis, Farhah, Nadhirah a.k.a Xena lol, Izzah, Qilah, Inarah, Nadia, Hairiyah, Nasrin, Aishah Comel xD, Fatin Nurwahida, Jehaa, Allysha, Yana, Fatin Syegha, and all pelajar lelaki Nilamrians lol. Gambar kita tak lengkap lagi k. Tahun 2012 punya tak amik lagi. Haha. Teringin nak amik gambar kelas pakai baju raya, pose kandid. Mesti comel /terjun lombong/. Rindu korang jugakkkkkkkk.


And semua yang baca post ni, yang aku pernah terbuat salah, tergaduh tak tentu pasal ke ter ter ter ter dan ter lagi lah. Semua kat STaND yang kenal manusia yang menaip entry ini. Aku mintak maaf sangat sebab tak tersebut namanya.

Ampun dan maaf dipinta dan Selamat Hari Raya !!! :D


Sepatutnya psot dekat FB ah tapi den malu ah sumpah malu. Ah nanti depa baca ah kang ..... ok diam lol.
Okbye assalamualaikum ^^







Share
Tweet
Pin
Share
No comments





1056 pages in 2 days and a half.

Assalamualaikum.


Update on the spot. Habis huruf terakhir terus terniat nak buat review. Tapi bila selak muka depan tengok tengok cetakan ke-dua belas Februari 2013. Kiranya novel ni memang dah lama ada kat pasaran lah kan aku yang kuno lah kan tak tahu kewujudan novel ni =_=. Al kisahnya, kawan aku mintak belikan. Lepas tu mak aku cakap nak pinjam, so aku pun joinlah sekali. Cuti sekolah macam ni memang seronok duduk merenyam memerap dalam bilik baca novel =_=


First impression ;
Cover dia haha tak berjaya menarik perhatian aku. Waktu ternampak novel ni dekat rak kedai buku, hati aku terdetik ; pasai pa dia nak sangat beli novel ni ? Cover dia tak berapa nak lawa. Pada aku la, sebab cam serabut. Aku tak suka serabut serabut. Simple simple comel dah. Lepas dok belek kat rumah, baca sinopsis baru faham. Pengajaran ; don't jugde a book by its cover lol tepat kena batang hidung.

Secara kasar ;
Penantian itu suatu penyiksaan. Tapi akan ada pelangi indah di sebaliknya ok dah stop. Aku tabik dengan Hilman Yong ; Tunggu Intan Zulaikha selama 8 tahun + 2 tahun = 10 tahun. Gitulah kot kira kiranya entah aku tak ingat sangat. But lastly, as usual ; happily ever after. Tapi aku rasa kalau Intan buang ego dia, buang sifat dia suka-buat-andaian-sendiri-taknak-tanya-Hilman-dulu tu, aku rasa dah lama dah diaorang kahwin. Sesesugguhnya gila sayang Hilman dekat Intan Zulaikha ni.

Favourite part ;
Ow baaaanyak. Part Hilman dera Intan buat buat tak kenal lepas 2 tahun tak jumpa tu best walaupun macam terseksa ekceli ._. Hilman panggil Intan dengan nama Cik Zulaikah. Haha. Part Hilman ajar Intan tunggang kuda. Oi tak habis macam ni. And semua part Hilman nasihatkan Intan sampaikan Intan cakap Hilman tu sifu dia, dia adalah anak murid Hilman. Oh Hilman tu mulut dia ada tanam gula bertan tan tan tan agaknya. Manis benor. [ Penulis dia buat macam tu ].

Ulasan ;
Daebak sageon /suara Yongguk/. Aku suka novel ni. Thumbs up kepada penulisnya ; Melur Jelita. Saya suka awak haha. Banyak sangat benda yang aku dapat, yang aku baru tahu dan yang aku belajar daripada novel ni.  Mengenai macam macam. Nak tahu, baca. Tak rugi pun ekceli even ni novel cinta + keislaman. Aku skip sebenarnya part tengah tengah tu haha k. 


Aku tak tahu masih ada ke tidak lelaki macam Hilman Yong. I mean .. character dia ; sangat mencintai Allah dan RasulNYA even mualaf. Mungkin ada tu ada tapi tulah ;                    satu dalam sejuta 




In love with Hilman Yong LOL
Adios.




Share
Tweet
Pin
Share
No comments






Assalamualaikum.


5 April 2013

Antara tarikh bersejarah dalam hidup aku. History. Apa yang aku idam idamkan akhirnya dah ada depan mata. Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang Esa. Akhirnya album B.A.P One Shot aku dah sampai. Aku tak sendiri tak jangka. Memang lambat, aku tahu. Tapi sebab apa aku tak tahu. Aku bukan order sendiri. Aku mintak kawan aku belikan, online. Kalau aku beli alamatnya memang parents aku mengamuklah kan ._. 


So, masa tu, aku dengan geng aku baru turun ke tapak perhimpunan lepas dah siap kemas kelas hoho. And then, kawan aku yang mintak dia tolong belikan tu, Afrina nama dia, dia panggil aku. After that, oh god, she gave the album and I felt wanna scream all out. Lol dahlah masa tu nak baca Yassiin kan. Memang dah gila ah masa tu. Rasa macam mimpi. Album tu depan mata aku. Selama ni aku tengok je, tak dapat pegang. But now, hoho dapat pegang, dapat peluk lagi haha. Macam jakun je lol =_= Geng geng aku dah kejelesan dah heh. Memasing suara dah naik seoktaf masa aku tunjuk album tu xD. Dalam kelas lagilah hahahahahahaahahah lol.


Malam tu, oleh sebab aku taknak menipu mak aku, I told her about the album. Her response ? Of course I got scolded by her. But benda dah jadikan, apa boleh buat. She nagged and warned me not to buy any Kpop stuff again or she will tell my father. I hope I can do that. Hoho but to be really serious, I'm not that kind la. Maybe one more album ? Only one. I promise :) Crash or Power ? Or another B.A.P's new album ? Hoho. Lets see xD.

Oh btw, cer teka aku dapat photocard siapa ? Hohohohoho /suara Santa Clause/ Aku dapat Zelo ! 




Hehe aku nak Yongguk or Youngjae tapi dapat Zelo yang comel ni . Tak apalah kan. Lagipun dulu dia pernah jadi bias aku ^^ Aku tak rasa nak tukar dengan sesiapa haha. Tak apa lah tak dapat Yongguk punya photocard hoho ni harta dunia je kan. Bukan boleh bawak kubur pun =_=






Adios.




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts

Homosapien

About Me

Syima. 18. Tulis macam ribut :p

Footstep

Blog Archive

  • ►  2017 (3)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  March 2017 (2)
  • ►  2015 (3)
    • ►  May 2015 (1)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (7)
    • ►  December 2014 (4)
    • ►  June 2014 (1)
    • ►  May 2014 (1)
    • ►  January 2014 (1)
  • ▼  2013 (6)
    • ▼  December 2013 (1)
      • PMR
    • ►  November 2013 (1)
      • (REVIEW) Ajaib - Syafiq Aizat
    • ►  August 2013 (2)
      • Cikgu Nora
      • Salam Aidifitri
    • ►  May 2013 (1)
      • (REVIEW) Awak Suka Saya Tak - Melur Jelita
    • ►  April 2013 (1)
      • 130405 - First ALBUM!

Labels

appreciation post blogskin fixi Fixi Novo journal kpop new look pmr review buku sasem self-graphic zaman sekolah
Powered by Blogger.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

About me

About Me

Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit conseat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amei.

recent posts

2012 - 2017 SYIMAHASNI. Created with by ThemeXpose