(REVIEW) Ajaib - Syafiq Aizat

1 day.
Assalamualaikum.
Huhu. Hallo people. Hari ini ingatkan nak update pasal last day of school semalam or pasal aku mimpi merepek pasal Kris ; yelah dah namanya mimpi. Tapi alih - alih terpandang buku ni terasa tangan gatal nak buat review. Padahal aku bukan pandai sangat nak buat ulasan - ulasan bagai ni huahaha, cuma macam alah-buat-jelah. Bukan review betul betullah, pendapat pasal buku ni ? Boleh-je-lahhhh. Heh ampun doh kalau ada spoiler.
Kisah ;
Terbitan FIXI. Aku ada terbaca blogger kat reading list aku buat review pasal buku dari FIXI. Tajuk Asrama. Seram ah kiranya. Well dari situ senanya aku tertarik dan beli buku FIXI. Dan yeah hasrat gua tercapai lol. Ajaib.
Ikut sinopsis ; mengisahkan budak 'ajaib' - budak yang boleh nampak makhluk halus alah benda ghaib, dan budak ni memang ajaib. Dan juga kisah mereka yang terperangkap dalam masalah orang dewasa.
Main ; Izaq, 12 tahun. Dinyatakan bahawa anugerah dia itu ibarat suatu sumpahan pada dia. Sebab apa ; beli la woi lol. Dan bila kat sinopsis kata 'masalah orang dewasa' it really ada dalam buku ni. Mulanya aku ingat point utama buku ni mengenai kisah Izaq yang berkebolehan nih. And then, aku selongkar google ... lain lah. Kisah nampak hantu tu cuma side story mengiringi kisah sebenar yang hendak disampaikan /kan aku dah kata ada spoiler/.
Kisah seram memang menjadi pada orang yang penakut macam aku. Meremanglah wehh.
Still, buku ni tetap bagus dibeli. Unsur Islam ada diselit lagi. Mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada untuk hambaNYA. Bukan tu je, ada lagi.
Favourite part;
Oh lupa, buku ni ada selit sikit kisah cinta.
Part Izaq baca surat from Nadirah. Haha tapi fav part aku bukan pasal kisah surat cinta mereka tapi cara Nadirah bagitahu Izaq siapa penulis surat cinta tu. Guna isi kandungan surat tu jugak /ok sorry kalau pening/.
Moment bila Izaq selalu jawab questions yang pelajar lain takleh jawab. Kat sinilah 'ajaib' nya si Izaq tu selain daripada kelebihan dia.
Bahasa ;
Celupar habis. Sangat. Tapi gila best. Ayat dia tak complicated and ringan. Walaupun sometimes aku terpaksa tenung tak berapa lama baru faham lol. Betullah best senanya. Ni lah kelebihan buku FIXI. Bahasa sesuka hatii ~
Banyak lagi aku tak huraikan senanya /sila tampar/. Aku ulas apa point yang aku rasa penting lala. I'm not a good reviewer tsk. I'll to do better in the future meh :)
Ppyong.
0 comments